Pada ketika ini, nilai emas semakin naik. Ada yang tertanya, bagaimana untuk memulakannya. Ingin saya berkongsi pengalaman. Tujuan utama hanyalah untuk menjaga nilai kewangan kerana ekonomi dunia yang tidak menentu. Ianya tidak melibatkan riba (beli tunai). Menyimpan emas untuk jangkamasa panjang tidak menjadikan kita jutawan ( melainkan nilai yang banyak). Saya menggunakan wang lebihan pendapatan untuk membeli emas dengan tunai. Dan ia tidak mengganggu perbelanjaan peribadi dan rumah, pendidikan anak-anak, bantuan untuk ibu bapa, simpanan dan masyarakat.
Berniaga emas dengan baik boleh menjana keuntungan, tidak sesuai untuk saya yang selalu sibuk di tempat kerja.
Saya banyak berurusan dengan maybank kerana berhampiran dengan rumah dan tempat kerja.
Ada 2 cara untuk memiliki emas. Pertama ‘physical gold’ (emas physical). Ia boleh dipegang dan disimpan di rumah ataupun tempat yang selamat. Puas hati bila dapat memilikinya. Ianya berbentuk gold bullion (coin) ataupun gold bar (empat segi). Ianya berkualiti emas tulen iaitu 999.99.
Kedua ‘paper gold back by physical gold’. Maksudnya akaun bank bernilai harga emas semasa dan boleh ditukar kepada emas nyata bila inginkannya. Sesuai untuk yang bimbangkan keselamatan menyimpan emas dirumah. Kedua-dua perkhidmatan tersebut ada di cawangan-cawangan tertentu Maybank. Sila rujuk pada maybank2u.
Harga jual beli emas maybank ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Boleh rujuk www.bnm.gov.my.
Maybank menjual / membeli Kijang Emas (KE) keluaran Bank Negara Malaysia. Mereka bertindak sebagai wakil. KE mula dikeluarkan pada tahun 2001, dan saya mula menyedari tentang keistimewaannya pada Ogos 2008!
Kenapa saya memilih Maybank? Pertama kerana saya tidak berniaga emas, iaitu saya beli dan simpan. Bukan untuk dijual ataupun dipajak. Kedua akaun saya diMaybank. Segala urusan jual beli hanya dengan cek, akaun dan emas. Ketiga, sudah mengenali beberapa kakitangan dan mudah berurusan. Sekiranya anda berminat memajak dan berniaga emas, Public Gold adalah pilihan yang terbaik.
Saiz KE ialah 1, 1/2 dan 1/4 oz. Belilah ikut kemampuan. Kalau boleh sebulan sekeping. Simpan resit, ianya diperlukan bila kita menjualnya kembali.
Masalah utama KE Maybank ialah berurusan diwaktu pejabat, kesibukan bank, stok yang kurang, penjagaan emas dan harga yang tetap untuk hari tersebut.
No comments:
Post a Comment